WELCOME

Khamis, 29 Disember 2011

♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ kaulah LILIN hatiku ♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥


Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang terang melupakannya… bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan kebumi ini oleh seorang yang kugelar ibu… aku dijaga dan di beri kasih sayang yang secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik beradik ku yang lain… ibu seorang yang tidak penah jemu melayan karenah ku dan Ayah juga tak penah kenal erti penat memberi sokongan kepadaku…
Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk aku… ketika itu aku baru mendapat keputusan PMR… ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang didalam PMR… lalu dihadiahnya sebuah motor untuk ku supaya aku mudah untuk berulang alik kesekolah… lalu disitu bermulalah sebuah kehidupan yang gelap dan penuh berliku….
Sejak hari itu aku mula pandai berjinak dengan cinta… membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata… aku juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti geng underground dan berbagai lagi malah aku juga tidak terlepas terjerumus untuk menjadi seorang minah rempit…
Pada awalnya aku hanya mengikuti mereka tetapi lama kelamaan jiwa memberontak untuk mencuba bermacam-macam pekara… bayangkan sudah dapat sekali lepas tu mahu berkali-kali… Selepas itu perubahan diriku disedari ayah dan ibu… ibu hanya mampu berpesan… hari-hari bermandikan air mata kerana sikap ku… pesan ibu langsung aku tak endahkan… malah leteran ayah juga tidak ku pedulikan… aku hanya memekakkan telinga dan terus melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati yang sudah mati.

Pekara tersebut berterusan sehingga aku tamat persekolahan tetapi keputusan peperiksaan aku amat mengecewakan… ayah dan ibu hampa dengan aku tetapi mereka masih lagi memberi aku semangat untuk memajukkan diri…
Tetapi aku bentak dengan semuanya lalu mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur…

Aku tinggal di rumah bujang bersama rakan yang aku baru kenal.. menjadikan aku semakin buas disana… lalu ditakdirkan aku mengenali seorang lelaki yang agak alim pada pandangan ku… kami menjalinkan hubungan bersama.. dari situ aku berlajar berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berguna… setahun perkenalan kami dan dua tahun menjalin hubungan cinta… akhirnya rahsia segalanya terbongkar aku di tipu hidup-hdup… disebalik tingkah laku yang sopan rupanya tersembunyi kelakuan syaitan disebalik seri di wajahnya itu…perpisahan kami membuatkan hidupku kembali memberontak untuk mencari ketenangan…
Apa yang aku dilakukan bukanlah bersujud kepada Tuhan dan memohon untuk diberi ketenangan… tetapi aku masih tetap melupakan NYA malah terus membelakang ibu  dan bapaku.. aku hanya mencari hiburan yang boleh membuatkan aku dari teringatkan  sidia… aku telah pandai ke disco, meminum arak , membuat maksiat dan sebagainya asalkan dapat membuatkan pemikiran ku tidak berfikir tentang sidia… segalanya berlarutan sehinggalah tiba hari lahirku yang ke 23...
Aku terkejut dengan hadiah yang ku terima
Dihadiahkan aku sepasang kasut berharga rm245 dan seutas rantai
emas dan buahnya tertulis nama ayah dan ibu…
Disertakannya sehelai kertas yang bertulis… “ibu menghadiahkan mu kasut itu adalah untuk kamu mudah kembali kejalan yang benar… kerana kata orang jika mahu pulang kejalan yang benar jalan itu penuh duri dan liku…gunakanlah ia dengan sebaik mungkin selagi ia masih mampu berkhidmat untukmu…
Andai engkau kepenatan dan terasa mahu berputus asa… jadi lihatlah nama ibu dan ayah mu dirantai itu… kerana kami akan sentiasa menyokong dan membantu mu untuk pulang…
” Kulihat air mata ibu mengalir ketika mengenakan rantai itu pada ku… ku tahu dari raut wajahnya terpampang rasa kecewanya terhadap sikapku… walaupun tidak diluahkannya… Aku tahu aku tidaklah seperti adik beradik yang lain… yang mendengar kata ibu dan ayah serta berjaya dalam hidup… tapi ibu dan ayah tidak pernah sesekali menyindir atau mengetepikan aku… aku disayangi sama seperti yang lain…

Terbayang segala pengobanan ibu dan ayah ketika itu… antaranya ibu yang tak penah kenal erti berputus asa dengan sikapku.. malah sanggup menjaga aku ketika aku sakit…
Walaupun ibu tahu aku sebenarnya sendiri yang mencari penyakit… ditatangnya aku dengan penuh kasih tanpa sebarang kecacatan… ayah pula sering menunggu kepulangan ku diwaktu malam… kadang-kadang sehingga terlelap ayah di kerusi ruang tamu ketika menungguku… kepulangan ku tidak di marahi tetapi hanya di tanya satu soalan… “kemana tadi…???”
Tetapi itu pun dengan nada yang lembut… ayah juga tak penah penat menasihati ku… berbagai jasa meraka kepada ku yang bermain difikiran ku ketika itu…
Selepas hari itu aku mula berubah sedikit demi sedikit kemana sahaja aku mahu pergi pasti kasut yang dihadiahi ibu dan ayah ku pakai… andai aku mahu kembali kejalan yang gelap pasti aku teringat akan ayah dan ibu…Lama kelamaan aku telah jumpa jalan yang terang untuk ku… alhamdulilah sehingga kini aku masih lagi di jalan yang terang… aku masih lagi sujud dan bersyukur keatas tuhan kerana telah memberikan aku kekuatan dan petunjuk untuk aku kembali ke jalan yang benar… dan terima kasih ku ucapkan pada ayah dan ibu yang tak penah kenal erti putus asa terhadapku… andai dipanjangkan umur pasti aku akan membalas jasamu…
IBU...AYAH......
KAULAH  LILIN  HATIKU....
Cinta monyet menjadi sinonim dalam hidup setiap insan… namun ada juga insan yang tidak mahu menerima sejauh mana kehebatan cinta monyet itu sebenarnya…
Kelas 1 wira…
“tak pe Rafi, aku tak kesah..asalkan kau ingat hari jadi aku setiap tahun, itu sudah memadai bagi memberi aku kebahagiaan..” bisik Tiara yang keseorangan di dalam kelasnya. Tetapi, apa yang menghairankan Tiara ialah, “kenapa bunga ros yang dia bagi aku warna putih?”

Daun pintu kelas itu dikuak oleh seorang pelajar lelaki yang mempunyai sepasang mata yang bulat. Rafi namanya. Tiba-tiba, dia bersuara, “water! Mai sini jap”. Water itu adalah panggilan mesranya kepada sahabat yang paling dia sayang, Tiara. Tanpa berlengah, Tiara meninggalkan tempat duduknya dan mendapatkan Rafi yang sedang menanti di daun pintu.

“hepi befday!”, Rafi ucapkan kepada Tiara sambil menghulurkan satu bungkusan kecil yang berwarna merah. Senyuman Rafi turut dibalas dengan senyuman manis Tiara. “jangan bukak sekarang tau, nanti orang nampak, malulah aku..”, kata Rafi sambil ketawa kecil. Tiara turut ketawa dan berjanji akan membuka hadiah tersebut selepas pulang ke asrama.
Setahun kemudian, di pagi yang nyaman Tiara sampai awal ke kelas. Hari itu adalah ulang tahun kelahirannya yang ke-14.
Selepas melabuhkan punggungnya di kerusi, dia ternampak satu bungkusan merah di dalam laci mejanya. Kali ini bungkusan itu lebih besar daripada bungkusan yang diterimanya setahun lalu. Tiara hanya mampu tersenyum.
“ Assalamualaikum…” Tersentak Tiara dari lamunannya. Tiara mencari dari manakah suara itu datang. Rupa-rupanya, Rafi sudah lama berdiri di belakang Tiara. Dihulur sekuntum bunga ros putih kepada Tiara bersama-sama dengan sekeping kad kecil berbentuk hati. Sejurus menyerahkan ros dan kad itu, Rafi meninggalkan Tiara tanpa berkata apa-apa. “malu agaknya..”, bisik hati kecil Tiara.
“salam, water… selamat hari jadi ke-15..semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga nafas aku yang terakhir…aku doakan untuk kejayaan kau… maaflah, tiada bungkusan merah untuk kau tahun ini..


Sehari sebelum ulang tahun kelahiran Tiara yang ke -15, di dalam sebuah kedai hadiah.
“kak, esok hari jadi kekasih saya. Saya nak bagi hadiah. Tapi,…”
“tapi ape?” penjual itu cuba mendapatkan maksud disebalik wajah Rafi yang penuh dengan kerisauan.

“dia tak tahu yang saya suka kat dia…”
“oh..bagilah ros merah..”
“tak nak, saya tak nak dia tahu yang saya cintakan dia, saya takut nanti dia tinggalkan saya…”
“ok..ok..nah, ambil ros putih ni dan bagi kat dia..”, kata penjual itu sambil menghulurkan sekuntum ros putih.
“kenapa ros putih?” tanya Rafi kebingunggan.
“ros putih, lambang kasih sayang yang sejati dan suci,…” hurai penjual itu.

Beberapa bulan kemudian, Tiara dan Rafi pun menduduki peperiksaan menengah rendah, PMR. Sehari sebelum peperiksaan bermula, Tiara menerima satu kad ucapan dari Rafi yang tercatat ucapan, “good luck”.
Peperiksaan itu berlangsung selama seminggu. Selepas menduduki kertas peperiksaan yang terakhir, pelajar Kelas 3 Wira bercadang untuk berkelah di tepi pantai dan secara kebetulan, rumah Rafi terletak tidak jauh dari pantai Pengkalan Balak, Melaka. Akhirnya, mereka bersetuju untuk pergi berkelah di sana.
Sedang ombak membuai merdu, Tiara mengelamun memikirkan betapa hebatnya ikatan persahabatan yang terjalin antara dia dan Rafi. Tiba-tiba, matanya terpaku ke arah satu ukiran pada batu yang tidak jauh dari tempat duduknya. Ukiran itu seperti sudah lama dan terdapat beberapa huruf yang tidak kelihatan. Namun, ianya masih lagi boleh Tiara baca.

“ air, aku sayang kau”, perkataan “air” itu seperti sengaja di ulang ukirannya supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Tiara percaya bahawa pengukir itu ada maksud yang hendak disampaikan disebalik perkataan “air” yang diukirnya.
Lamunan Tiara dikejutkan oleh panggilan rakan-rakannya. “ Tiara, cepat, jom kita cari gemis!”. “gemis?”, tanya hati Tiara. Biarpun dia tidak tahu apa itu gemis, dia bingkas bangun dari himpunan batu itu dan pergi menyertai rakan-rakannya.
“wei, gemis tu ape?”, tanya Tiara sambil ketawa kecil. “ni hah!”, sampuk Rafi sambil menunjukkan gemis ditangannya. Rupa-rupanya, gemis tu adalah sejenis hidupan laut yang seakan-akan kerang, namun ianya lebih kecil berbanding kerang.
“hehe…tu ke dia..”, kata Tiara sambil tersenyum. Semua rakan-rakan Tiara mentertawakannya.
Usaha gigih mereka berhasil apabila mereka berjaya mengumpul sedulang gemis dalam masa kurang dari dua jam. Tiara kelihatan sungguh gembira.
Tibalah waktu makan tengah hari, Tiara dan rakan-rakannya sudah bersedia untuk menjamu selera hidangan yang disediakan oleh ibu Rafi. Gemis yang mereka cari tadi, turut dihidangkan bersama-sama dengan sambal belacan.
“bismillah…”, doa dibaca oleh Syamsul selaku ketua tingkatan 3 Wira. Selesai sahaja doa yang dibaca, mereka mula makan hidangan yang tersedia. Kesemua pelajar 3 Wira berebut-rebut mengambil gemis yang dihidangkan untuk dimakan bersama-sama dengan nasi. Namun, tidak bagi Tiara, dia hanya merenung ke arah hidangan gemis itu sambil mengerutkan dahinya. Dia seperti memikirkan sesuatu.
“water..”, tegur Rafi. “makanlah, aku cari gemis tu, untuk kau..”, sayu suara Rafi menyatakan keinginannya untuk melihat Tiara menjamah gemis yang terhidang itu. Tiara tersentak, lalu berkata, “aku tak makan ni…”, rupa-rupanya, Tiara tidak makan makanan laut melainkan ikan sahaja. Muka gembira Rafi berubah sedih, dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia berasa hampa kerana Tiara tidak mahu menjamah gemis itu walaupun cuma sedikit.

Suasana yang meriah tadi, bertukar suram, Tiara berasa serba salah. Akhirnya, dia berkata, “ok..ok..demi kau, aku makan, tapi, satu je tau..” sambil ketawa. Walaupun Tiara tidak suka akan rasanya, namun dia telan juga gemis itu demi menjaga hati sahabat karibnya. Rafi tersenyum. Suasana di ruang makan itu kembali meriah.
“kring….” Loceng sekolah berbunyi menandakan bahawa tibalah masanya untuk semua pelajar tingkatan tiga untuk berkumpul di dewan sekolah. Pada hari tersebut, keputusan PMR akan diumumkan. Debaran melanda dalam diri setiap pelajar tingkatan tiga. Akhirnya, mereka pun menerima keputusan masing-masing.

Rafi mendapat keputusan 7A dan 2B manakala Tiara cuma mendapat, 6A dan 3B. Tiara menangis dan telah dipujuk oleh Rafi. Pada masa itu, Rafi turut menghulurkan bungkusan merah seperti mana yang dia pernah beri kepada Tiara, namun kali ini bungkusan itu lebih besar. “nah, tahniah”, itulah ucapan dari mulut Rafi namun pada masa yang sama hatinya berbisik, “tahniah sebab kau berjaya mencuri hati aku”.
Tahun berikutnya, Tiara dan rakan-rakannya berpisah apabila mereka masing-masing telah memilih aliran yang diminati. Pada tahun tersebut, Tiara tidak lagi sekelas dengan Rafi seperti tiga tahun yang lalu. Tahun itu juga menjadi penghalang dalam persahabatan mereka. Mereka tidak berpeluang untuk belajar bersama dan bergurau senda seperti dulu.
Tibalah hari ulang tahun kelahiran Tiara yang ke-16, pagi tu, dia datang awal ke kelas dan meninjau ke dalam laci mejanya. Namun, harapannya untuk melihat bungkusan merah pada pagi itu musnah kerana tiada apa-apa pun di dalam lacinya seperti mana tahun lalu. Dia sedar, mungkin Rafi terlupa dengan hari jadinya kerana mereka tidak lagi serapat dulu.
Dua tahun berlalu, dan akhirnya tibalah hari terakhir peperiksaan SPM. Sejurus sahaja keluar dari dewan peperiksaan, Tiara mendapat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya, “water, aku nak balek dah…”. “Rafi?”, terkejut Tiara apabila setelah dua tahun lamanya dia tidak mendengar panggilan tersebut.

Tiara mengatur langkahnya menuju ke tempat letak kereta di belakang dewan. Dari jauh dia telah melihat pandangan sayu dari Rafi. Tiba-tiba, langkahnya terhenti, tanpa disangka-sangka, dia menitiskan air mata. Dia tidak mampu untuk meneruskan langkahnya, kakinya lemah. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Rafi berasa sungguh hairan. Namun, dia sedar yang Tiara merasa kecewa dengan sikapnya selama ini. Langkah yang tadinya diatur menuju ke tempat letak kereta, telah ditukar menuju ke asrama puteri. Langkah Tiara diiringi dengan tangisan. Rafi hanya mampu melihat Tiara, kekasih hatinya itu berlalu pergi dari pandangan matanya.
Pintu kamar puteri dibuka, alangkah terkejutnya Tiara apabila mendapati ada satu bungkusan merah yang besar beberapa kali ganda dari bungkusan yang pernah dia terima satu masa dulu. Bungkusan itu diletakkan di atas katilnya. Ada sekeping kad disisi bungkusan itu.


 

“friends forever…I need two years to make this, special for u, my love…”
Sejurus membaca kad itu, Tiara berlari dengan berkaki ayam menuju ke tempat letak kereta. Namun, dia hampa pabila mendapati Rafi sudah pun pergi meninggalkannya. Tapak kakinya yang berdarah itu tidak dihiraukan, dia terus mengejar kereta yang dipandu oleh ayah Rafi. Namun, usahanya itu gagal.

Kegagalannya untuk memahami betapa cintanya Rafi kepadanya selama ini telah menjadikannya manusia paling bodoh di dunia. Tangisannya kini tidak berguna lagi. Dia cuba menghubungi Rafi, namun tidak dapat. Rafi mematikan telefon bimbitnya. Rafi malu dengan Tiara. Dia tahu, Tiara tidak akan dapat menerima cintanya, kerana Tiara amat menghargai persahabatan mereka sehinggakan tidak mampu untuk menukarnya kepada cinta.
Rafi malu untuk mengucapkan cintanya kepada Tiara kerana dia takut Tiara tidak dapat menerimanya dan akan meninggalkan dia bersama-sama dengan cintanya itu. Namun, Rafi silap kerana Tiara turut memiliki perasaan yang sama sepertinya.
Hari perpisahan itu diiringi dengan tangisan Rafi dan Tiara. Cinta mereka hanya terpendam di hati masing-masing.

Sebulan berlalu, Tiara duduk dijendela biliknya di rumah. Dia masih lagi teringatkan Rafi. Sudah beratus kali dia cuba menghubungi Rafi, namun usahanya tidak berhasil. Dia beranggapan bahawa Rafi sudah pun menukar nombor telefon bimbitnya.
Kesunyiannya terhenti apabila Tiara membuka satu kotak di bawah katilnya. Kotak itu mengandungi empat bungkusan merah. Rupa-rupanya, Tiara tidak pernah membuka bungkusan-bungkusan itu kerana dia tidak mahu mencacatkan bungkusan yang dibuat oleh Rafi. Dia sangat sayang dengan bungkusan-bungkusan itu sehinggakan tiada satu pun bungkusan yang terkoyak.

Pada hari tersebut, Tiara nekad untuk membuka bungkusan itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa terdapat susunan kulit gemis dalam setiap bungkusan itu.
Bungkusan yang pertama itu, mengandungi susunan gemis seperti huruf L. Bungkusan kedua pula mengandungi susunan gemis seperti huruf O. Diikuti dengan huruf V dalam bungkusan ketiga. Dan akhirnya, susunan yang paling rumit dan rapi telah membentuk huruf E dalam bungkusan yang terakhir.



Tiara menyusun susunan gemis itu dari susunan yang kecil kepada besar. Maka terhasillah perkataan, LOVE.


Tiara terduduk dan teruslah mengalir air matanya membasahi bumi. Sudah jelas di matanya akan betapa hebatnya cinta Rafi.

“Itulah kisah “cinta Gemis” yang akak tulis masa akak di universiti dulu”, kata Balqis selepas dia menceritakannya kisah itu kepada kanak-kanak yang masih lagi setia mendengar ceritanya di pantai Pengkalan Balak. “mari ikut akak”, ujar Balqis sambil mengajak kanak-kanak itu pergi ke satu himpunan batu di tepi pantai itu. “itu dia”, Balqis menunjukkan ukiran pada batu yang semakin kabur itu.

“ Kak Tiara tu, Kak Balqis kan?”, tanya salah seorang kanak-kanak itu. Balqis menganggukkan kepalanya dan berkata, “nama akak, Tiara Nur Balqis”. Masa tu, air mata Balqis mengalir deras.
Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang mereka, “ dan Rafi tu , adalah abang…”. Balqis ataupun dikenali sebagai Tiara dan kanak-kanak itu menoleh kebelakang. Rupa-rupanya, Rafi yang berdiri dibelakang mereka.
Pertemuan kekasih itu diiringi dengan buaian ombak. Itulah yang dipanggil, cinta gemis.

Percintaan gemis itu berakhir dengan penyatuan dua hati di atas jinjang pelamin. Pasangan pengantin yang umpama pinang dibelah dua dan bak merpati dua sejoli pasti akan menarik perhatian setiap tetamu yang hadir.
Majlis perkahwinan itu turut dihadiri oleh rakan-rakan sekelas Tiara dan Rafi. Mereka berasa sungguh kagum dengan kehebatan cinta rakan mereka. Mereka tidak menyangkakan bahawa cinta monyet yang bermula berbelas tahun lalu kini berakhir dengan kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap insan.

Pulau persendirian menjadi pilihan Rafi untuk berbulan madu dengan isterinya tersayang. Sedang Rafi termenung di tepi pantai, dia dikejutkan oleh Tiara. “Apa yang abang fikirkan?”. Rafi menoleh dan menatap wajah isterinya itu sambil berkata, “water”. Tiara dan Rafi ketawa kecil. “kenapa eh abang panggil saya ‘water’?”. “Sebenarnya, abang nak panggil ayang dengan panggilan ‘H2O’, tapi abang ringkaskan kepada water. Ayang ingat tak simbol bagi air yang kita belajar dalam matapelajaran sains? Kan sama dengan dengan bentuk badan dan kaki doraemon dari bawah? Kan dulu kawan-kawan ayang ejek ayang dengan panggilan ‘dore’. So, abang kaitkan simbol itu dan nama doraemon. Akhirnya abang dapat idea untuk panggil ayang ‘water’.” Ujar Rafi sambil ketawa kecil.

Merah muka Tiara dibuatnya. Dia merasa malu. “patutlah abang panggil saya ‘water’..hehe..”
Pada suatu petang yang hening, Tiara dapati suaminya tiada di dalam rumah mereka. Tiara berasa risau. Namun kerisauannya itu hilang apabila Rafi muncul di hadapannya. Rupa-rupanya, Rafi telah pergi ke tepi pantai bagi mencari gemis. Dia mahu Tiara memasak gemis itu dan dijadikannya hidangan makan malam mereka.

Dalam suasana makan malam yang romantis itu, Rafi tiba-tiba berkata, “inilah lambang cinta kita” sambil menghulurkan satu kotak merah. Tiara membuka kotak itu, di dapati dua bentuk cincin yang ditempah khas untuk mereka. Terdapat bentuk separuh kulit gemis di setiap bentuk cincin. Sekiranya dicantumkan kedua-dua cincin itu, maka terhasillah bentuk kulit gemis yang sempurna…

~"Kenapa tidak Siti mati je sebelum ibu lahirkan Siti???”~(Semua Harus Membacanya)


Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah aku punyai seorang teman rapat..namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Kujadikan dia sahabat sejati ku.

Suatu hari dia mendatangiku dengan suasana suram menyelaputi seluruh raut wajahnya itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya begitu rupa. Seperti ada sesuatu yang terlalu berat ditanggung olehnya. Aku beriringan dengannya ke belakang sekolah,tempat kami selalu berbicara di waktu rehat sesi persekolahan.

Sekilas,aku memandang wajahnya, aku terlihat kilatan air jernih berkaca di matanya, Kenapa?Aku bertanya.. Berbagai-bagai yang bermain difikiranku. Kenapa sahabatku ini menitiskan  air mata. Setelah aku mendesak berulang kali, akhirnya dia mengakui..dia tertekan dengan kehidupan ini. Dia menceritakan mengenai keluarganya yang berpecah belah akibat perpisahan antara ibu dan ayahnya, Ayahnya yang menghilangkan diri entah kemana. Ibunya yang menyalahkan dirinya atas segalanya yang terjadi.
Dan keluarga yang tidak lagi menghargai dirinya.

Baginya semua orang boleh menghinanya tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan apabila ibunya sendiri tidak dapat menerima dirinya. Kenapa? Dia merintih dan dengan sendirinya aku terasa kepedihan itu.

“Kenapa tidak Siti mati je sebelum ibu lahirkan Siti???” Aku terkejut dengan sebaris ayat tiba-tiba keluar dari mulutnya.

Kenapa tidak Siti mati sebelum besar untuk terpaksa mendengar penghinaan dari ibu sendiri??? 

Aku tersedu,perlahan kusekat air mata yang hampir mengalir di mataku. Aku melihat dia,sahabatku yang kini tanpa segan silu meratapi nasibnya dihadapanku.

Kini dia merasa ingin mati itu lebih baik. Benar-benar ingin mati. Kalau dulu dia masih boleh bertahan,tapi kini dia tak dapat lagi menahan perasaan itu.

Dan aku mengucap panjang di hadapannya meminta agar dia bersabar hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku rasakan “setiap sesuatu itu adalah dugaan kerana Tuhan tidak menguji sesuatu hamba setalah Dia tahu hamba pasti mampu menghadapinya”..aku dengan tekun menjadi pendengar setia, aku tak mampu untuk menasihati lebih dari itu, bermain di fikiran ku adakah dengan perkataan sabar akan melupakan niatnya untuk mati?(membunuh diri) Sungguh aku tak tahu.

Segalanya aku berserah pada Allah yang lebih berkuasa. Saat dirinya melepas luahan isi hatinya setelah penat berbicara, loceng pun kedengaran tanda tamatnya waktu rehat, dengan perasaan sebak di dadaku lantas aku hanya mampu berkata,”Tunggu aku esok,disini,” dan setelah itu tanpa sepatah kata aku melihat dia melangkah pergi.

Sungguh malam itu aku tak lena tidur,aku berpusing ke kanan, berpusing ke kiri. Aku tak mampu untuk melenakan mata ku ini, sedang bermain di fikiran ku temanku sedang berduka cita menyiapkan diri untuk mati. Aku bangun,aku tak tahu apa aura yang mendorong aku, mencapai selembar kertas dan sebatang pen, lantas sebagai tajuknya, kutuliskan; “Kenapa Siti Maslina tak patut mati.”

Benar,aku tak tahu kenapa tanganku tak berhenti mencoret, menulis sebab-sebab kenapa Siti tak patut mengharap untuk mati. Tanpa sedar sudah 70 alasan yang aku kemukakan padanya agar dia tekun membacanya.
Pada 5 alasan terakhir yang aku berikan merupakan alasan yang paling aku ingat sehingga kini;



71. Kau berjanji padaku, kita akan sama-sama ke Universiti
72. Kau berjanji padaku, kau akan bawa aku ke pergunungan Alps dan kita akan bermain ski bersama-sama.
73. Kau berjanji padaku, kau akan sentiasa denganku saat tawa dan tangisku.
74. Kau harus berjanjikan terus taat pada Tuhanmu jika kau penat dengan dunia.
75.Kau berjanji padaku ,kau akan hidup kerana dirimu, bukan kerana orang lain.

Lantas setelah selesai menulis, aku melipat kertas itu dan memasukkanya ke dalam envelope.
Esoknya,dia menunaikan janji kami,menunggu ditempat kami selalu  bertemu. Lantas ku tanpa berbicara aku berikan sampul surat itu padanya, dia mengambil tanpa melihat isinya dan terus berlalu tanpa kata. Sungguh aku terluka saat itu. Terluka dengan perlakuannya,terluka kerana melihat matanya yang langsung tidak memandang ku langsung tak sama seperti dahulu. Sungguh Tuhan ,hatiku luluh bila melihat dirinya sebegitu.

Sejak hari itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mendapat khabar bahawa dia telah berpindah sekolah kerana mengikut pakciknya ke bandar. Tidak sempat untuk melambai tangan tanda ucapan selamat tinggal, sungguh aku terkilan. Aku mendengar khabar yang dia ke Utara untuk tinggal dengan pakcik dan makciknya. Namun semua itu tak dapat disahkan. Dan aku,terus merinduinya sebagai seorang sahabat.

10 tahun berlalu,dan masing-masing sudah banyak berubah. Dan aku,sebagai seorang Motivator yang berjaya syukur Alhamdulillah, aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja  dan seminar-seminar di merata tempat. Hari itu, aku baru sahaja pulang dari sebuah sekolah yang menjemput aku untuk memberikan motivasi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Setibanya aku di pejabat, aku diberitahu oleh setiausahaku yang manis bahawa ada seseorang yang menungguku di dalam pejabat. Hatiku tertanya, siapa yang ingin berjumpa dengan ku? Sungguh aku tak tahu.

Berdebar hatiku, kenapa? Aku membuka pintu pejabatku,dan melihat berdirinya seorang gadis tinggi lampai dihadapanku, manis berbaju kurung berbunga-bunga, Siapakah gadis ini? Seperti pernah kulihat raup wajahnya. Aku hanya berpura-pura biasa, memberikan salam lantas menjemput dia duduk. Dia duduk sambil tersenyum.

Dia berkata;
“Kau tak mengenali diriku Azman?” aku hanya mengerutkan dahi.
“Kau memang tak pernah berubah, sentiasa mengerutkan dahimu jika berfikir,”
“Benar saudari, saya tak mengenali saudari,” setulus hati aku menjawab soalannya.
Dia tersenyum,dan senyuman bersama lesung pipit di pipinya itu mengingatkan aku pada dia, “Ini aku Siti Maslina, sahabat mu waktu sekolah dahulu,”
Ya Tuhan, sungguh,bertapa terkejutnya aku di saat itu bagai tak percaya rasanya, betapa aku merindui dirinya, betapa aku bersyukur dia masih ada di dunia ini.

Lantas dia mengeluarkan sebuah sampul surat, sampul surat itu sudah nampak lusuh dan agak berusia. Dia mengeluarkan kertas itu dan terus membukanya. Dia membacakan setiap kata-kata yang tertulis di atas ketas itu di hadapan ku. Dan tanpa kusedari aku menitiskan air mata, aku benar-benar terharu,sungguh aku terharu.

“Azman, jika bukan kerana setulus hati mu menulis kerana Allah dalam setiap tulisan ini , pasti Siti takde lagi di dunia ni, mungkin Siti dah pergi dalam kekufuran. Terima kasih Azman kerana mngambil berat saat Siti tersesat. Maafkan Siti kerana pergi tergesa-gesa tanpa sempat diri ini mengucapkan selamat tinggal. Maafkan Siti,”

Aku hanya mengangguk dan entah mengapa mulut ku dengan sendiri berbicara, “Siti,sudikah Siti menjadi isteri Azman, “Setulus hati Azman katakan Azman ingin menjadi bahu kepada pada Siti  berkongsi segala suka dan duka” Siti tak mampu berkata-kata, hanya mengangguk tanda setuju. Tak kusangka, perpisahan yang lama membuahkan pertemuan yang seistimewa ini, lantas menghubungkan pertalian yang lebih erat bak sepasang merpati terbang sejoli, membelah angkasa raya membina hidup baru bersama setelah 10 tahun berpisah kerana niat cintanya hanya kerana Allah semata-mata.

Itulah ketulusan hati membuatkan kita sentiasa di hargai,di berkati Allah kerana dengan keiklasan jua membuatkan hati kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta!

♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ DisebaliK tiRai heaRty ♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu...

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


♥.•*¨`*•✿✿ ♥ Ombak Rindu ♥.•*¨`*•✿✿ ♥

“Maafkan abang, sayang.”

Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak Lia duga… inikah balasan yang Lia terima atas setiap bibit cinta pada Hisham suaminya? Perlahan-lahan  Lia usap airmata yang mengalir. Kehangatan air mata Lia meneyelinap ke dalam dirinya.
“Sayang kasihmu Nurlia sudah tidak sehangat lagi.” Perlahan Hisham melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta  selama sepuluh tahun membina mahligai kasih bersama. Lia merenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun Hisham menoleh kembali. Seolah-olah di dalam kotak hati cinta mereka sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Buat Suamiku yang tersayang..Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang... Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang... Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan mahligai kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.
Sekali lagi air mata sayang gugur. Sayang renung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Sayang tatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas Sayang gengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.

Abang... malam itu abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang..Sayang bangga kerana punya suami seperti mu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang bekerja. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sayang sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anaknya. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek kisah hidup bersama suaminya, Sayang beri Farah harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kita adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang Lia beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya kasih sayang yang  Lia curahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit di hatiku untuk semua ini, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jatuhnya talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan Lia berhenti menulis di dairy, Lia bangkit dari katil. Tiada apa yang mampu Lia tutipkan  lagi. Lia capai permohonan suaminya dari atas katil. Perlahan-lahan Lia melangkah keluar dari biliknya. Di kala itu Lia lihat Hisham sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk di ruangtamu rumahnya, Hisham cuba memikirkan keserabutan hidup. Lia menghampiri suaminya. Di kala itu pandangan mereka bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan mereka bertaut tapi malam ini…….”Pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang.Bisik lembut Lia di hadapan Hisham Dengan lembut Hisham menarik tubuh Lia kesisinya.
“Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abang cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?”.

Betapa sakit hati Lia bila kata-kata itu terpaksa meluncur dari bibirnya. Tidak dapat Lia bayangkan kekecewaan yang melanda di hatinya. Perlahan-lahan Lia amati wajah sugul suaminya. Abang.. walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu Abang....

“Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia.” Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu. Dengan perlahan Hisham melontarkan kata dengan nada duka.

“Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?” Pertanyaan Lia bagai menduga Hisham.

“Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan…” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Lia mengeleng sendirian mendengar penjelasan Hisham. “Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.” Rayu Lia sambil airmatanya turun mencurah-curah.

“Bagaimana halal dan haram Abang?” Lia masih cuba bertanya pada Hisham biar pun pada jiwanya tidak tenang. Lia kalau boleh mahu Hisham sedar keterlanjuran yang berlaku. Hisham terdiam. Dia semakin resah.

“Abang dah bertaubat , Sayang... Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.” Mudah sungguh Hisham membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatnya. Lia tersenyum sendirian sambil air matanya terus menerus bercucuran.

“Abang masih belum jawab soalan Sayang? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?” Antara dengar dengan tidak Lia cuba mendapatkan kepastian.

Hisham resah. Kata-katanya mati di tengah kesedihan. Ada nada-nada ketidakpastian pada raut wajahnya. Lembut  Lia genggam tangan suaminya Hisham.

“Abang... Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata Lia cuba memberi keberanian pada suaminya untuk berlaku jujur dengannya.

“Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang…AYAH. .” Dan Lia cuma tersenyum mendengar alasan suaminya itu. Seperti yang telah Lia duga. Luruh hatinya mendengar alasan suaminya itu. Dulu janjimu lain Abang tapi kini…....keluh Lia sendiri..

“Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang..” Bicara Lia disisi Hisham.

“Sayang… itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan untuk mendapatkan anak.” Lia semakin sakit mendengarnya. Hisham hina kecacatan hidup ini. Hisham ungkit kekurangan diri isterinya.

“Kalau anak yang abang mahukan, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu.” Segera Lia beredar dari Hisham. Dengan kekuatan yang masih berbaki, Lia pandang suaminya sebagai pandangan terakhir. Hatinya sudah terluka.

Dengan langkah ketiga Lia berhenti lantas berkata “Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.... yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Lia menghulurkan salam terakhir buat suaminya. Lia kucup suaminya dan Lia bisikkan lembut padanya….

“Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang…” Tersentak Hisham mendengarnya.

“Nanti Sayang…” Hisham menarik tangan Lia hampir padanya.

“Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. " Bicara Lia sambil menangis.

Perlahan-lahan Lia melangkah pergi jauh dari suaminya. Tiada tolehan kedua buat Hisham suaminya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ..….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih dan sayang mahligai yang selama ini dibina. Itulah kebesaran Tuhan buat Lia dan Hisham. Hisham menutup dairy yang selama ini di simpan biarpun berkali-kali tidak henti Hisham tetap akan membacanya. Lia sudah tiada lagi di dunia ini namun menjadi kenangan buatnya dan ombak rindu dalam dirinya pada hati seorang isteri yang telah dia sakiti.