~
“Apa
nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau
degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau
ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut
macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat
orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam
itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat
dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi
kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan
kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit
pun tidak bersalah dalam hal ini.
Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas
luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia
menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa
dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia
cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan
yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap
ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih
ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu
menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula
semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan,
Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun
dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu
yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita
pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia
tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang
bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap
tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti
hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat
hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas
ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat
Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau
buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya
pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku
ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along
mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”,
Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi
punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.
Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz
hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau
bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda
tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti
dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit
sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya
itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna
hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak
pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni
tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.

Nasib
menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe
sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas
ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana
tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke
empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa
yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang
bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat
gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti
selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap
Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya
yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati
nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?”
Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak
mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu,
Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh
dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu
benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia
terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba
menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada
cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah
melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada”
jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor?
Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan
kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu
saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam
ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja
la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya
nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah
tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti
selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan
dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya
nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari
ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana
akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum
berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang
Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang
yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang
Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau
suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along
menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye!
Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan
perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi
Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi
jauh.
Berbekalkan
upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah
yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke
tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz
setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah,
perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia
dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi
mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah",
kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun
aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu
aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along
memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku
nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni
sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah
jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal
Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia",
terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan
Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak
kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni
ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan
je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku
bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.”
Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along
keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak
sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil
menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di
simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba
mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus
merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan
dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak
berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang
terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu,
Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita.
Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya.
Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil
namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu.
Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan
jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………”
ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu
yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak
dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai
tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum
matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.
Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk
selama-lamanya.
Selesai
upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama
Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan
yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu
bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat
dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along
melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along
bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu
selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..KHAS
UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula
berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang
dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang
abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan
masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua
itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik,
ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes
pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan
lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam
dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek
Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan …
dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan
nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya
pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi,
kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu
sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke
hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas
kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan